Sunday, 17 March 2013


 hah ni die kalau sape2 nk diet dengan cara yg berkesan..jom tengok..hehe:) 


 Kenalpasti Piramid Makanan Nikmatilah pelbagai jenis makanan kerana tubuh kita memerlukan pelbagai jenis nutrien atau zat seperti kaborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral serta air setiap hari untuk membekalkan tenaga dan memelihara kesihatan. Biasakan diri anda dengan mengenali setiap jenis makanan seperti daripada buah-buahan, sayuran, gandum, daging, lemak dan bahan tenusu. Setiap daripada jenis ini perlu di ambil dengan purata yang di syorkan. 



 Aras bawah - Meliputi makanan seperti nasi, mi, roti, produk bijiran dan ubi. - Sumber karbohidrat kompleks yang terbaik bagi membekalkan tenaga vutamin, mineral, fiber dan sedikit protein - Jumlah hidangan disyorkan: 8-12 hidangan 



 Aras kedua - Buah-buahan dan sayur-sayuran - Membekalkan viitamn, mineral dan fiber - Jumlah hidangan disyorkan: 3-5 hidangan



 Aras ketiga - meliputi kumpulan protein iaitu ikan, ayam, daging dan kekacang serta susu dan hasil tenusu - Kumpulan daging, ayam dan ikan adalah sumber protein terbaik yang mengandungi vitamin B, ferum dan zink - Kekacang pula mengandungi sedikit lemak tetapi membekalkan vitammin B, magnesium dan fiber yang baik. - Jumlah hidangan dsyorkan: 2-3 hidangan - Susu dan hasil tenusu seperti keju, yogurt/tairu membekalkan kalsium dan protein yang tinggi. - Jumlah yang disyorkan: 1-2 hidangan Puncak piramid atau 



Aras keempat - Kumpulan lemak, minyak dan gula - Jumlah hidangan disyorkan: kuantiti yang sedikit Daripada piramid makanan yang disediakan, kita boleh simpulkan bahawa Panduan Makanan Seimbang memerlukan tiga prinsip utama iaitu mempelbagaikan makanan, mengandungi prinsip kesederhanaan dan juga panduan diet seimbang.

No comments:

Post a Comment