Saturday, 8 June 2013

termenung seketika

Amalan harian pelajar . Seorang pelajar muslim itu hatinya hendaklah sentiasa bergantung kepada ALLAH S.W.T kerana sebagai insan yang lemah kita bergantung sepenuhnya kepada Qadha' dan qadar yang ALLAH S.W.T tentukan . Memperbetulkan niat . *Niat belajar kerana Allah S.W.T semata-mata dan bukan kerana lain . *Menuntut ilmu sebagai pengabadian diri kepada ALLAH S.W.T dan mengeluarkan diri daripada belenggu kejahilan dan taqlid . *Menuntut ilmu bagi mencari kebenaran hakiki . *Menuntut ilmu dengan niat berbakti pada umat Islam dan tidak dipengaruhi oleh rasa perkaumam yang sempit. *Menuntut ilmu bagi mengangkat martabat Islam . Umat Islam hendaklah kembali menjadi peneraju ilmu pengetahuan . *Membahagiakan ibubapa yang banyak berkorban dan berjasa pada kita. Kejayaan seorang anak merupakan hadiah paling berharga pada mereka . Tinggalkan maksiat. Ilmu merupakan cahaya yang menjadi petunjuk serta membezakan antara hak dan batil.Maksiat pula adalah kekotoran . Oleh itu , ilmu tak boleh dicampur dengan maksiat . Suatu ketika , Imam al-Syafie mengadu kepada gurunya Waqi' kerana beliau menhadapi masalah belajar dan menghafal . Maka gurunya berpesan , "Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya . Cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat" Baca AL-QURAN . Seorang penuntut ilmu perlu ada jiwa yang tenang bagi memudahkannya menuntut ilmu. Memperbanyakkan selawat. Seorang pelajar hendaklah menjadikan selawat itu sebagai amalan rutin hariannya. Sedangkan Allah SWT berselawat ke atas nabi-Nya apatah lagi kita umat Nabi SAW yang mengharapkan syafaat baginda. Baca Doa sebelum dan selepas belajar. Kelebihan pelajar Muslim berbanding pelajar bukan Muslim adalah doa . #Belajar dengan teknik yang betul , jadual waktu ynag sistematik , formula yang sistematik , kalendar peperiksaan , menjaga pemakanan dan jaga pergaulan serta percakapan , Amalan mingguan Pelajar . Amalan membaca yassin. Membaca yassin pada malam jumaat . Mendirikan solat hajat. Masa yang paling mudah dan selesa mendirikan solat hajat adalah selepas solat Maghrib . Namun waktu yang paling afdal adalah pada waktu tengah malam atau semasa bangun qiamulail . Ketika hampir peperiksaan . Mohon ketenangan , memperbanyakkan selawat dan membaca yassin , lakukan solat taubat dan solat hajat , jaga kesihatan , Mohon doa ayah dan ibu serta restu guru . Ke Dewan Peperiksaan . Bersiap lebih awal , mengambil sarapan secara sederhana , baca yassin sebelum ke dewan .( apabila sampai pada ayat "Mubin" berhenti sekejap dan berdoa pada Allah . Ayat 12,17,24,,47,60,69,77.) Mohonlah hajat yang sesuai dengan peperiksaan sebentar lagi , *mohon pertolongan & bantuan Allah S.W,T dlm menjawab soalan . Semasa peperiksaan. *Masuk awal ke dewan *Baca doa sebelum menjawab *Berikan tumpuan dan jangan lemah semangat *Pasrah Selepas peperiksaan. Terimalah apa saja ketentuan takdir daripada ALLAH SWT dan yakinlah semua takdir ALLAH SWT ada hikmah yang tersembunyi . "........dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; dan ingatlah Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahuinya . (Surah al-Baqarah ayat 216)

Saturday, 25 May 2013


Sesungguhnya Allah SWT telah merahsiakan dan menyembunyikan beberapa perkara di dunia ini sebagai cabaran dan perangsang kepada kita, iaitu:


1.  Allah SWT merahsiakan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah SWT menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambanya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan mengabaikan malam-malam yang lain. Oleh itu Allah SWT menghendaki hambanya melakukan ketaatan sepanjang Ramadhan dan sepanjang hayatnya.

2.  Allah SWT merahsiakan Redha-Nya dalam taat. 
Allah SWT tidak menzahirkan penerimaan (keredhaan-Nya) atas amalan-amalan yang kita persembahkan kepadanya (ketaatan) supaya kita tidak kecewa di atas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut, walaupun terdapat kecacatan yang kita tidak ketahui.



3.  Allah SWT merahsiakan Murka-Nya di dalam maksiat. 
Allah SWT tidak menarik nikmat dan kemewahan (Kemurkaan) daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat di dunia. Sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.



4.  Allah SWT merahsiakan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 
Allah SWT tidak menyatakan nama-Nya yang terAgung di dalam Al-Quran supaya hambanya tidak tertumpu pada nama dan surah tertentu sahaja dan mengabaikan kemujizatan kitab suci tersebut. Maka Allah SWT menghendaki hambanya sentiasa mengkaji dan memahami isi kandungan Al-Quran sebagai pedoman hidup.



5.  Allah SWT merahsiakan solat yang paling utama di dalam solat fardhu. 
Allah SWT menyembunyikan solat kita yang terbaik disisinya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadanya sepanjang hayat. Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah-megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.


6.  Allah SWT merahsiakan wali Allah dikalangan alim-ulama’
Allah SWT tidak menyatakan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut. Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.



7.  Allah SWT merahsiakan Qada’ dan Qadar di dalam kehidupan.
Allah SWT menyembunyikan untung-rugi nasib dan perjalanan kehidupan agar manusia sentiasa redha menerima sebarang kemungkinan. Sudah tentu terkandung banyak hikmah disebaliknya yang telah ditentukan sejak azali lagi. Di samping itu, ianya juga menggalakkan kita lebih berusaha serta bertawakal kepada Allah SWT.

8.  Allah SWT merahsiakan Jodoh Pertemuan. 
Allah SWT tidak menyatakan pasangan hidup seseorang supaya kita tidak merasa kecewa di atas ketentuan tersebut dan menerima pasangan seadanya dengan penuh hikmah dan syukur, agar kita dapat meneruskan kehidupan dengan aman sejahtera.



9.  Allah SWT merahsiakan tarikh kematian
Allah SWT merahsiakan tarikh kematian hambanya dengan hikmah agar hambanya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja, tanpa sesaat pun tertangguh.

10.  Allah SWT merahsiakan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Jika Allah SWT zahirkan tarikh dan tempat bermulanya hari kiamat. pasti hamba-hambanya tidak dapat menempuh hari dengan lebih sempurna, mereka akan hilang akal dan tanpa mahu melakukan sebarang pekerjaan.

jodoh oh jodoh..


BOLEH JADI
Memang betul, melihat kawan-kawan anda seorang demi seorang dipetik pergi adalah satu perkara yang meresahkan. Apatah lagi jika kawan-kawan itu semuanya lebih muda daripada anda. Sedangkan anda masih terpaksa mengukir senyum pahit kepada mereka dalam usaha menyembunyikan rasa di jiwa.
Tapi pernahkah anda terfikir, boleh jadi Allah sengaja menangguhkan kehadiran lelaki soleh tersebut ( insyaAllah ) supaya anda mempunyai ruang dan peluang yang lebih besar untuk agenda persiapan?
Persiapan apa?
1- Diri sendiri. Luaran dan dalaman. Mungkin jika anda ditakdirkan berkahwin sebelum itu, akan mengundang kemudaratan pula kepada anda. Barulah terasa betapa sesalnya memasuki alam perkahwinan tanpa persediaan. Mungkin aspek kecantikan dalaman kurang dititikberatkan sebelum ini. Kecantikan hati, keindahan budi, ia mudah dikesan jika anda jenis yang mementingkan diri sendiri dan tidak kisah jika orang sekeliling berkecil hati. Kalau sudah berkahwin, sikap tidak baik ini boleh mengundang kebencian suami.
2- Pengurusan. Diri sendiri dan apa sahaja yang anda lakukan. Boleh jadi anda kurang menitikberatkan aspek pengurusan diri dan terlalu sibuk dengan kerjaya anda sahaja. Maklumlah, ramai juga kaum hawa yang menyibukkan diri dengan kerja-kerja demi melupakan persoalan jodoh. Termasuk juga dalam bab pengurusan ini ; kecantikan. Ramai orang yang diberi anugerah rupa yang cantik molek, tetapi dipandang hodoh sebab gagal pengurusan. Bahasa kasarnya, selekeh. Orang tengok pun tidak menarik. Kegemukan juga salah satu cerminan dari kegagalan pengurusan. Jadi, mungkin juga Allah tangguhkan detik tersebut supaya anda sedar dan baiki perkara-perkara ini.
3- Keluarga. Anda tahukan, bila sudah berkahwin, ketaatan anda sudah berpindah kepada suami. Keutamaan suami sudah berada di tangga ketiga selepas Allah dan Rasul, berbanding sekarang di mana tangga tersebut diduduki oleh ayah dan ibu. Boleh jadi Allah sengaja tangguhkan detik tersebut supaya anda dapat menghargai detik-detik bersama ibu dan ayah dalam tempoh tersebut. Boleh jadi juga Allah tahu, ibu dan ayah anda masih belum puas mendampingi anda sebagai anak dara mereka sebelum diambil menjadi isteri orang. Jadi berilah perhatian kepada ibu dan ayah selagi mereka masih menjadi yang utama dalam hidup anda.
Banyak lagilah ‘boleh jadi’ yang lain. Saya kira, anda boleh ‘nampak’ segala ‘boleh jadi’ tersebut sekiranya anda ambil sedikit masa untuk memperhalusi dengan mata hati. Ia bukanlah mahu menafikan ‘kemampuan’ anda, tetapi anggaplah ia sebagai ‘bonus’ dari Allah sebelum tibanya saat-saat bahagia dalam hidup anda.
Seperkara lagi, disarankan anda banyak belajar dari pengalaman dan nasihat mereka yang telah berumahtangga. Biasanya, kaum hawa yang dimaksudkan oleh saya dalam artikel ini adalah kaum hawa yang bukan umur remaja, pendek kata sudah dewasa. Jadi saya kira, adalah lebih mudah mereka mendampingi ‘puan-puan’ yang telah lama membina rumahtangga dan mencedok sebanyak mungkin pengalaman dari mereka. Anda mungkin tidak nampak kebaikan tersebut hari ini. Tetapi satu hari nanti, apabila anda telah sah bergelar isteri, anda akan sedar betapa berharganya setiap pengalaman orang lain dalam membantu anda mendepani alam rumahtangga.

Saturday, 18 May 2013

lcer mulut

huh 2 minggu terasa sekse dengan ulcer mulut ni..mmg menyakitkan...pelbagai usaha dilakukan..dan Alhamdulillah beransur pulih...

ni admin nk bg sedikit info tentang ulser mulut.



Cara Mencegah Dan Merawat Ulser Mulut   | Pernahkah anda melihat satu tompokan putih semasa anda memeriksa mulut dan ia menyakitkan bahagian dalam mulut anda? Tompokan inilah yng dinamakan ulser mulut. Kebiasaannya, ibu-ibu akan menasihatkan supaya anda meletak secubit garam pada bahagian yang terkena ulser itu supaya ia cepat sembuh. 

Ulser mulut merupakan sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Selain bahagian dalam pipi, lidah juga boleh dijangkiti ulser. Rasa sakit akibat ulser ini akan menyebabkan anda berasa hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Ia juga akan menyukarkan pertuturan anda.

Tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus menyebabkan berlakunya ulser mulut. Ulser mulut ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Selain daripada jangkitan bakteria taua fungus, ulser juga boleh terjadi akibat daripada kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai ortondik dan sebagainya.

Kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor turut boleh meyumbangkan ke arah penyakit ulser mulut.

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tersebut. Namun harus diingat bahawa cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di farmasi. Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hungga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Cara yang paling baik untuk menghindarkan daripada terkena ulser mulut ialah:

a) Banyak minum air suam
b) Berehat dan tidur dengan cukup
c) Amalkan tabiat menjaga kebersihan mulut dan gigi supaya ia berada dalam keadaan yang baik.
d) Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan vitamin B12 dan C cukup diambil.

Jika ulser mulut tidak sembuh dan semakin merebak, anda hendaklah berjumpa dengan doktor gigi dengan segera. Ini kerana ulser mulut yang lamabat sembuh mungkin petanda awal barah mulut.

Dr cinta..

Assalamualaikum....terimalah ayat-ayat dr cinta yg di ambil dari orang lain...hehehe..tp ilmu perlulah disebarkan..so x salah bende yg baik disebarkan,,heee


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
so sweettttttt..hikhik


Rea

Saturday, 11 May 2013

Nah kata- kata semangat..hee


Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."



"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."



"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus



"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."



"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."



"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."



"Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."



"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille



"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."



"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun



"Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."



"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."


"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."